Tuesday 27 September 2016

Ahli kumpulan
- Muhammad Afiq Izzuddin Bin Mohd Saini (16DKA16F1037)
- Mohamad Syahrilfaizi Bin Rosly (16DKA16F1139)
- Muhammad Alif Hakimi Bin Ismail (16DKA16F1105)
- Muhd Aslam Bin Ahmad Rodzi (16DKA16F1040)

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


Sistem pemerintahan negara dan pentabiran malaysia adalah menggunakan konsep Demokrasi berpalimen Raja Berpelembagaan. YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan. Perlembagaan , Raja Berpelembagaan, Pengasingan kuasa ( perundangan,pentabirandan kehakiman) dan pilihan raya merupakan ciri-ciri khusus dalam sistem pemerintahan demokrasi berpalimen di malaysia.


Sistem Pemerintahan :
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, Negara Malaysia merupakan sebuah negara federasi yang terdiri atas tiga belas negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara. Ibu kota Malaysia adalah Kuala Lumpur, sedangkan pusat pemerintahan persekutuan adalah Putrajaya. Negara Malaysia dipisahkan ke dalam dua kawasan, Malaysia Barat dan Malaysia Timur, oleh kepulauan Natuan, Wilayah Indonesia di Laut Cina Selatan. Malaysia berbatasan dengan Thailan, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina.

Federasi Malaysia adalah sebuah monarki konstitusional. Kepala negara persekutuan Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong, biasa disebut Raja Malaysia. Yang di-Pertuan Agong dipilih dari dan oleh sembilan Sultan Negeri-negeri Malaya, untuk menjabat selama lima tahun secara bergiliran. Empat pemimpin negeri lainnya, yang bergelar gubernur, tidak turut serta di dalam pemilihan.
Sistem pemerintahan Malaysia bermodelkan sistem parlementer Westminter, warisan Penguasa Kolonial Britania. Akan tetapi, di dalam praktiknya, kekuasaan lebih terpusat pada eksekutif daripada legislatif, dan yudikatif diperlemah oleh tekanan berkelanjutan dari pemerintah selama zaman Mahathir, kekuasaan yudikatif dibagikan antara pemerintah persekutuan dan pemerintah negara bagian. Sejak kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia diperintah oleh koalisi multipartai yang disebut Barisan Nasional (pernah disebut juga Aliansi).
Kekuasaan legislatur dibagi antara legislatur persekutuan dan legislatur negeri. Parlemen bikameral terdiri atas dewan rendah, Dewan Rakyat yang mirip dengan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) di Indonesia, dan dewan tinggi, Senat atau Dewan Negara mirip dengan DPD (Dewan Perwakilan Daerah) di Indonesia. Sebanyak 220 anggota Dewan Rakyat dipilih dari daerah pemilihan beranggota tunggal yang diatur berdasarkan jumlah penduduk untuk masa jabatan terlama 5 tahun. 70 Senator bertugas untuk masa jabatan 3 tahuan. 26 di antaranya diplih oleh 13 majelis negara bagian (masing-masing mengirimkan dua utusan), dua mewakili wilayah persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing satu mewakili wilayah persekutuan Labuan dan Putrajaya, dan 40 diangkat oleh raja atas nasihat perdana menteri. Di samping parlemen pada tingkatan persekutuan, tiap-tiap negara bagian memiliki dewan legislatif unikameral (Dewan Undangan Negeri) yang para anggotanya dipilih dari daerah-daerah pemilihan beranggota tunggal. Pemilihan umum parlemen dilakukan paling sedikit lima tahun sekali, dengan pemilihan umum terakhir pada Maret 2008. Pemilih terdaftar berusia berusia 21 tahun ke atas dapat memberikan suaranya kepada calon anggota Dewan Rakyat dan calon anggota dewan legislatif negara bagian juga, di beberapa negara bagian, voting tidak diwajibkan.


Latar Belakang Bentuk dan Sistem Pemerintahan Malaysia :

Malaysia merupakan sebuah negara yang populasi penduduknya terdiri
dari berbagai jenis etnis dan suku, atau dalam kata lain, sebuah negara yang multietnis.
Dari berbagai macam jenis etnis dan suku tersebut, terdapat tiga etnis yang
merupakan etnis dengan jumlah populasi paling banyak, yaitu etnis Melayu,
China, dan India. Etnis Melayu merupakan etnis dengan jumlah populasi terbesar,
karena etnis tersebut merupakan etnis asli yang paling lama mendiami kawasan
negara Malaysia dibandingkan dengan kedua etnis lainnya. Etnis Melayu bersama
dengan suku asli Malaysia kemudian lebih dikenal dengan sebutan Bumiputera
yang mengacu kepada penduduk pribumi yang telah mendiami negeri tersebut
sejak lama. Sedangkan kedua etnis lain, yaitu etnis China dan India merupakan
penduduk pendatang, ataupun keturunan dari orang-orang yang berasal dari China
dan India yang datang ke Malaysia pada zaman dahulu. Penduduk etnis China
merupakan penduduk keturunan imigran China yang datang ke kawasan yang kini
disebut negara Malaysia tersebut pada abad 15 dan awal abad 20 sebagai
pedagang.
1 Sementara etnis India adalah orang-orang keturunan imigran India
yang berdatangan pada abad 11 dan pada masa pendudukan Inggris. Imigranimigran
China dan India tersebut datang ke Malaysia umumnya bertujuan untuk
berdagang atau bekerja di perusahaan dan perkebunan milik kolonial Inggris yang
sebelumnya menguasai negara tersebut. Keturunan imigran China dan India
tersebut yang kemudian menjadi warga negara Malaysia sekarang ini.


Bentuk dan Sistem pemerintahan di negara Malaysia itu sangat efektif karena malaysia itu negara monarki konstitusional, yaitu berupa Negara kerajaan yang diatur oleh konstitusional. Dimana kepala negaranya merupakan seorang raja yang disebut dengan Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia)Dalam sistem pemerintahan Malaysia, Negara Malaysia merupakan sebuah negara federasi yang terdiri atas tiga belas negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara.





KONSEP DEMOKRASI BERPALIMEN RAJA BERPELEMBAGAAN 

Demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi,iaitu sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Republik. sistem Raja berpelembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara serta dibantu oleh perdana menteri, manakala sistem Republik diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat memlalui pilihan raya.




DEMOKRASI BERPALIMEN
  • Raja/sultan menjadi lambang taat setia rakyat
  • Rakyat membentuk kerajaan melalui pilihan raya
  • melahirkan sebuah kerajaan yang adil, stabil dan sejahtera
Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
    Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
    Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
    Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
    Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
    Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
    Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
    Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. 

DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA


Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu Demo yang bermaksud rakyat atau masyarakat. Krasi pula bermaksud pemerintahan atau undang-undang. Bagi mendifinasikan maksud demokrasi tersebut ialah satu sistem politik yang membolehkan rakyat menentukan sebarang  keputusan yang penting tentang polisi awam.

Pilihan raya merupakan mekanisma yang memelihara amalan pemerintahan demokrasi di negara ini. Semua warganegara Malaysia yang layak di sisi undang-undang boleh membuat undi untuk memilih calon yang difikirkannya layak bagi mewakili diri dan pengundi-pengundi kawasan pilihan raya mereka. Pada umumnya pilihan raya merupakan saluran rasmi rakyat (pengundi-pengundi) menyuarakan isi hati terhadap kepimpinan sebelumnya dan harapan mereka kepada calon atau parti yang bakal memimpin mereka.

Terdapat tiga jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan pilihan raya kerajaan tempatan. Pilihan raya umum boleh diadakan selewat-lewatnya lima tahun selepas piliharaya terdahulu, selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan tetapi boleh dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu. Manakala pilihan raya negeri boleh diadakan berasingan dengan pilihan raya umum persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekuruan dan Negeri.

Wakil-wakil Rakyat adalah mereka yang mewakili satu kawasan pilihan raya Parlimen manakala Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri. Wakil-wakil Rakyat menganggotai Dewan Rakyat. Peranan utama mereka ialah menggubal undang-undang negara, membincangkan hal-ehwal yang berkaitan dengan rakyat serta menjaga amanah kewangan negara.

Bilangan atau jumlah kerusi bagi kawasan pilihan raya Dewan Rakyat termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perdana Menteri boleh dilantik dari kalangan Wakil Rakyat manakala Ketua Menteri atau Menteri Besar dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri.

Kedudukan seseorang Yang Berhormat (Ahli DUN atau Ahli Parlimen) tidaklah sangat teristimewa. Seseorang itu boleh terlucut dari jawatan tersebut sekiranya tersabit dengan kesalahan-kesalahan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan walaupun masih lagi dalam tempoh memegang jawatan itu.

Badan bebas dan berkecuali yang mengurus dan mentadbir proses pilihan raya ialah Suruhanjaya Pilihanraya. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tidak semua warganegara boleh atau layak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kerana terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi. Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam negara dan anggota-anggotanya dinamakan Senator atau Ahli Dewan Negara. Mereka dilantik berdasarkan Perlembagaan. Tugas utama Senator ialah meneliti dan mengkaji serta meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1980, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan rang undang-undang yang diserahkan oleh Majlis Parlimen dalam satu tempoh yang tertentu.





Ciri- ciri Demokrasi berpalimen 


  Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
      Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
      Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
      Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
       Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

RAJA BERPELEMBAGAAN

         Institusi raja di malaysia merupakan satu unsur tradisional yang wujud melalui pemerintahan beraja sejak awal kurun ke-11. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri jajahan takluknya. Pada abad ke-19 dan 20, kuasa pentabiran pemerintahan diambil alih oleh British dan Jepun. Mereka telaj memperkenalkan konsep raja berpelembagaan diperkenankan melalui perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948
        Raja berpelembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang di-pertuan agong (YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam perlembagaan persekutuan. peruntukan ini bermaksud, bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang . Perdana menteri selaku ketua kerajaan hanya bertndak untuk menasihati YDPA  dalam hal-hal tertentu.
Raja Berpelembagaan merupakan satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia. Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Konsep Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak ( absolute monarchy).

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja Berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta, manakala yang lain adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
Terdapat beberapa buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan pada hari ini. Antaranya ialah Malaysia ( Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin), Monaco ( Putera Albert II), Jordan (Raja Abdullah), Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev), Maghribi (Raja Mohammed VI), Kemboja (Raja Norodom Sihamoni) dan lain-lain.


Yang di-Pertuan Agong(YDPA)

Merupakan ketua negara dan secara tidak langung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga komponen dalam sistem berkerajaan negara iaitu badan pentadbiran, badan perundangan dan badan kehakiman 
YDPA dilantik 5 tahun sekali 
Tugas YDPA: 
  • Tugas mengikut nasihat 
  • Tugas mengikut budi bicara 
  • Pemerintah tertinggi angkatan tentera 
  • Memperkenankan rang undang-undang 
  • Pengisytiharan darurat 
  • Kuasa pengampunan

Majlis Raja-raja
  • Badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya
  • Dianggotai oleh 9 orang sultan dan 4 orang gabenor atau dipertua negeri
  • Dipimpin oleh YDPA
  • Antara tugas utama majlis raja-raja:
  • Memilih YDPA dan timbalan YDPA
  • Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Serawak
  • Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara
Video Raja Berpelembagaan






PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmat oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 dan 1955.  


SEJARAH PILIHAN RAYA

PRU PERTAMA(1959) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959. 

Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:

  • Parti Perikatan(kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi. 
  • Parti Negara : memperolehi 1 kerusi 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi 
  • Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 8 kerusi 

PRU KEDUA(1964)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
  • Parti Perikatan : memperolehi 89 kerusi. 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 9 
  • Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi 
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi
  • Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi 
  • Parti Tindakan Rakyat( PETIR) : memperolehi 1 kerusi 

PRU KETIGA(1969) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari. 

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut: 
  • Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi. 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 12 kerusi 
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi 
  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 13 kerusi 
  • Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi 
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Pesaka Sarawak(PESAKA): memperolehi 2 kerusi 
  • Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi 
  • Bebas: memperolehi 1 kerusi 

PRU KEEMPAT (1974)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.

Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Keadilan Masyarakat Malaysia(PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi 

PRU KELIMA (1978) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari. 

Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 16 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
  • Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 2 kerusi 

PRU KEENAM (1982) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.

Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 8 kerusi

PRU KETUJUH (1986) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 24 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 4 kerusi 


PRU KELAPAN (1990) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi 
  • Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
  •  Bebas : memperolehi 4 kerusi 


PRU KESEMBILAN (1995) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 
Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 4 kerusi 

PRU KESEPULUH (1999) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari. 

Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
  •  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
  •  Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi

PRU KESEBELAS(2004)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari. 

Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 1 kerusi 

PRU KEDUA BELAS (2008)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 13 Febuari. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Febuari, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Mac. 2008. Tempoh berkempen ialah selama 13 hari. 

Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:
  •  Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
  •  Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 1 kerusi

Maklumat Tambahan: 

Tarikh yang dipaparkan diatas hanya sesuai untuk digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja, ini memadangkan tarikh mengundi di Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung, baik untuk Dewan Rakyat(Parlimen) mahupun Dewan Undangan Negeri. 

Sebagai contoh, bolehlah rujuk kepada PRU 1969. Hari mengundi di Semenanjung telah ditetapkan pada 10 Mei 1969. Bagi negeri Sabah, tarikh pengundian berperingkat telah ditetapkan pada 10 sehingga 25 Mei 1969 dan tarikh pengundian berperingkat di Sarawak bermula dari 10 Mei sehingga 7 Jun 1969. 

  • Hanya bermula PRU ke-10 pada tahun 1999: Hari mengundi untuk kerusi Dewan Rakyattelah ditetapkan satu hari sahaja untuk seluruh negara iaitu pada 29 November 1999. Walau bagaimanapun PRU Ke-10 ini hanya melibatkan DUN-DUN di Semenanjung. DUN di Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam pilihan raya umum kali ini kerana ia diadakan secara berasingan.
  • Hanya bermula pada PRU 2004, buat pertama kalinya DUN Sabah menyertai pilihan raya umum bersama dengan DUN-DUN di Semenanjung. Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam pilihan raya umum ini dan ia berkekalan hinggalah ke hari ini.

FUNGSI PILIHAN RAYA

  • Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
  • Mengekalkan pucuk pimpinan
  • Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
  • Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
  • Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.
Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.
Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.
Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujuiMajlis Raja-Raja.

Keanggotaan SPR
  • Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.
  • Pada melantik anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
  •  Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terhenti daripada memegang jawatan apabila mencapai umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan di bawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.
  • Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (3), Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah memecat daripada jawatan mana-mana anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika anggota itu--


(a) seorang bankrap belum lepas; atau

(b) melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau

(c) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.
  • Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (4), pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya:

Dengan syarat kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

  •  Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
  •  Tertakluk kepada Peruntukan perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi terma-terma jawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya selain saraan mereka.
  •  Saraan dan terma-terma lain jawatan bagi seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidaklah boleh, selepas pelantikannnya, diubah menjadi kurang baik baginya.
  • Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka timbalan pengerusi hendaklah menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu, dan jika timbalan pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu. 

FUNGSI SPR

  • Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian 
  • bahagian pilihan raya. 
  • Menjalankan urusan pendaftraran pemilih dan penyemakan daftar pemilih 
  • Menjalankan pilihan raya umum dan kecil. 
  • Mendaftarkan calon – calon yang bertanding.

SISTEM PILIHAN RAYA

  • Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
  • Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
  • Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

  • Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

BILANGAN KERUSI/KAWASAN
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-
BAHAGIAN PILIHAN RAYA

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun. Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum

PENDAFTAR PEMILIH

  • Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
  3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
  4. tidak hilang kelayakan.

HILANG KELAYAKAN PEMILIH

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
  1. pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  2. sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  3. telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau

      4.  telah memperoleh kerakyatan asing.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH



Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Pengundi boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.


KELAYAKAN CALON



Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-
  1. warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
  3. tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-
  1. telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
  2. didapati seorang bankrap; atau
  3. memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
  4. gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
  5. telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
  6. telah memperoleh kewarganegaraan asing.


TEMPOH PILIHAN RAYA

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

PERMULAAN PIIHAN RAYA DAN PROSES 
PENAMAAN CALON
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen

Kempen poster
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
  1. lokasi tempat mengundi;
  2. waktu mengundi di semua tempat mengundi;
  3. lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.




BARUNG SPR

Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak diluar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian,SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Barung-barung iniadalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka dalam daftarpemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.

KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT
 MENGUNDI

Harus diketahui bahawa hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapatdalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkanmasuk untuk membuang undi. Pengundi mestilah membawa kad pengenalanpemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalandiri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi


CARA-CARA MENGUNDI



  • hanya boleh memangkah seorang calon sahaja dengan tanda "X"
  • pengundi perlu melipat mengikut garisan dikertas undi
  • masukkan kertas undi dalam peti undi yang disediakan
  • jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada 'PARLIMEN' dan 'NEGERI'                       


  • UNDI POS
    • dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi
    • kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundI
    • prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi

    PENGIRAAN DAN PERJUMLAHAN UNDI
    1. dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau disebuah pusat pengiraan undi yang ditetapkan
    2. undi pos pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus dipusat pengiraan undi yang ditetapkan
    3. mereka yang dibenarkan memasuki tempat mengundi ialah
    • Ahli-ahli dan Pegawai SPR
    • Pegawai yang dilantik oleh SPR
    • Kerani mengira undi
    • Calon, wakil dan ejen mengira undi
       4.  kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan
       5. selepas selesai pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus dipusat penjumlahan undi
      6.  pegawai pengurus akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan

    PENYATA DAN PERBELANJAAN PILIHAN RAYA


    • seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya, tetapi tidak boleh melebihi
    • RM 200,000 bagi Dewan Rakyat
    • RM 100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
    • laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan didalam Warta
    • kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan  Raya 1954





    Video Proses Pilihan Raya





    Pengajaran

    Generasi pascamerdeka rata-rata belum begitu memahami kontrak sosial yang merupakan permuaafakatan yang dibuat secara bersama antara orang Melayu dengan bukan Melayu sebelum kemerdekaan. Permuafakatan ini adalah bagi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum yang melibatkan lima elemen utama yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara tersebut ialah Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun kontrak sosial ini telah diajarkan di sekolah melalui subjek Sejarah, Pengajian Am dan kursus Hubungan Etnik di universiti, namun kebanyakan pelajar belajar hanya untuk mendapatkan gred yang baik, selepas selesai kursus semuanya ‘lupa’. Oleh itu tidak hairanlah mutakhir ini mereka begitu kritis dan semakin berani memperkatakannya secara terbuka melalui media massa. Persoalan yang timbul ialah adakah kerana kejahilan mereka terhadap fakta sejarah, kejahilan mengenai kandungan Perlembagaan atau pengaruh globalisasi yang mengglobalkan faham liberalisme dan faham kesaksamaan? Bertitik tolak daripada persoalan ini kertas kerja ini akan meninjau persepsi pelajar terhadap kelima-lima elemen kontrak sosial dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan yang dipilih sebagai salah satu topik berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dapatan mendapati bahawa kebanyakan mereka bersetuju dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan/rasmi yang menjadi alat perpaduan antara kaum. Oleh itu, strategi pengajaran berpusatkan pelajar mengikut teori konstruktivisme digunakan untuk mendorong pelajar menggunakan minda secara aktif, kritis, kreatif dan inovatif. Dalam hal ini guru berperanan sebagai perancang aktiviti, dan pemudah cara. Kaedah soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini dan pelajar di sebuah universiti awam dijadikan sampel kajian.



    Rujukan

    http://ustazadna.blogspot.my/2014/10/sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran.html
    http://megaega0906.blogspot.my/2015/10/bentuk-dan-sistem-pemerintahan-negara.html
    pengajian malaysia(siri politeknik) - Normurni mohamad
    http://hanimidris.blogspot.my/2012/04/demokrasi-berparlimen-di-malaysia.html
    http://rasyidatulnajwa070495.blogspot.my/2015/02/demokrasi-berparlimen.html

    Kesimpulan

    Kewujudan Perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara. Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini kerana pembentukan perlembagaan awal-awal lagi adalah atas dasar persetujuan semua kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.

    1 comment:

    1. Las Vegas' $45M SuperLotto Plus lottery ticket sold in
      The 포천 출장안마 numbers drawn Wednesday night were 1, 26, 36, 37, 40, and 파주 출장안마 the Mega number 전주 출장안마 was 4. The 양산 출장마사지 jackpot was $38 million. The winning ticket 군산 출장마사지 matched all five numbers

      ReplyDelete